Tarikh  : 15 September 2018
 Masa   : 09.30 pagi - 12.00 tengah hari
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 26 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah tahap 1 dan tahap 2. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memupuk semangat patriotisme dari kalangan peserta. Serta untuk mewujudkan persekitaran Pusat Internet dalam suasana ceria sempena hari Malaysia. Selain itu, dengan adanya aktiviti sebegini para peserta boleh mengetahui hari Malaysia dan menghayati makna hari Malaysia dan berusaha mengekalkan kemerdekaan hari ini.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bagi tahap 1 akan mewarrna bendera setiap negeri. dan bagi tahap 2 akan mewarna lukisan yang telah disediakan.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 6 September 2018
 Masa   : 02.50 petang - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 14 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 14 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 2. Tujuan Kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan microsoft word kepada peserta. Selain itu, para peserta boleh mengaplikasikan microsoft word ketika membuat kerja seperti kerja krusus.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan melalui slide berkenaan microsoft word dan latihan amali mengunakan microsoft word 2016.

 

 Gambar Disini


 

Tarikh   : 5 September 2018
 Masa   : 02.50 petang  - 5.00 petang 
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 9 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah dihadiri oleh 9 Peserta dari kalangan tahap 1 sekolah rendah. Tujuan Kelas ini diadakan ialah untuk memperkenalkan generasi generasi komputer kepada para peserta mengikut peredaran zaman.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di pusat internet kampung biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembentangan slide berkaitan dengan pengenalan generasi-generasi komputer, tayangan gambar mengikut generasi. Diakhir kelas, para peserta diuji kefahaman dengan menjawab kuiz online berkaitan dengan yang telah dipelajari. 

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 6 September 2018
 Masa   : 02.00 petang - 02.30 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 12 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 12 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 2. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan penipuan internet agar tidak terjebak dengan penipuan internet.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan youtube berkenaan penipuan internet dan penerangan tentang penipuan internet.

 

 Gambar Disini


 

 Tarikh  : 5 September 2018
 Masa  : 02.00 petang - 02.40 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 9 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 9 orang peserta tahap 1 sekolah rendah. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk membudayakan para penguna internet agar tidak berkongsi dan mendedahkan maklumat secara berlebihan. Selain itu, untuk mengajar tentang keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video Klik Dengan Bijak, sesi soal jawab berkaitan dengan dengan berkongsi berlebihan di media sosial. Diakhir aktiviti para peserta  diminta untuk melakonkan semula mengikut situasi yang diberikan.

 

Gambar Disini