Tarikh  : 25 Oktober 2018
 Masa   : 02.00 petang - 03.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 9 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 9 peserta dari kalangan pelajar tahap 1. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah mengajar para peserta berkenaan teknologi dan internet.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayang video di youtube dan mengajar cara mengunakan internet dengan betul.

 

 


 

 Tarikh  : 23 Oktober 2018
 Masa   : 03.00 petang - 05.00 petang  
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 13 Peserta (Tahap 2) 

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 13 peserta dari pelajar tahap 2 sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan ialah Para peserta boleh menyenaraikan dan mengenal jenis jenis komputer. Bahkan para peserta juga boleh menyatakan maksud komputer menggunakan ayat sendiri, mengenal jenis-jenis komputer dan memberi contoh jenis komputer.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembelajaran menggunakan slide, para peserta diminta untuk menyalin nota dan latihan yang disediakan dan diakhiri dengan ujian penilaian bab 1.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 20 Oktober 2018
 Masa  : 08.00 pagi - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Lundu
 Peserta   : Wanita dan Pemuda PBB

 

Tujuan

Kursus ini telah disertai oleh Wanita dan Pemuda PBB Tanjung Datu. Tujuan Kursus ini adalah untuk memperkenalkan Microsoft Word dan juga Microsoft Excell kepada para peserta.

 

Aktiviti

Kursus ini telah diadakan di Pusat Internet Lundu dan telah diuruskan dengan gabungan PIM Kluster iaitu dari petugas Pusat Internet Lundu, Biawak, Pandan, Stungkor dan juga Pandan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah cara menulis dan menaip surat rasmi.

 

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 23 Oktober 2018
 Masa  : 02.00 petang - 03.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 13 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh peserta tahap 2 sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah para peserta menambah ilmu pengetahuan mengenai kesedaran awam di dunia maya.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak sebelum mula kelas komputer. Antara aktiviti yang dijalankan ialah mengajar para peserta mengunakan internet dengan betul supaya tidak disalah gunakan.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 18 Oktober 2018
 Masa   : 03.00 petang - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 12 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 12 peserta dari kalangan tahap 2, sekolah rendah. Tujuan Kelas ini diadakan ialah untuk memperkenalkan generasi generasi komputer kepada para peserta.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang diadakan ialah slide show berkenaan dengan pembelajaran dan diakhir kelas para peserta diuji kefahaman dengan menjawab soalan mengunakan kahoot.

 

Gambar Disini