Tarikh | : 14 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 13 peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh 13 orang peserta dari kalangan sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk membimbing peserta untuk menilai sumber sumber yang terdapat di internet. Antara kelebihan aktiviti ini ialah para peserta mengetahui cara dan langkah langkah untuk menilai sesuatu sumber di internet mengunakan formula yang diberikan.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diterangkan cara untuk menilai sesuatu sumber di internet mengunakan slide yang ditayangkan dan juga para peserta menonton video yang telah ditayangkan dan diakhir aktiviti para peserta diminta untuk menilai video tersebut.
Tarikh | : 12 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 12 Peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai 12 peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengajar para peserta mengendalikan pencarian pintar di internet dan untuk mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di internet
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diarahkan untuk menyalin nota serta menerangkan rajah yang ditayangkan mengikut kefahaman mereka. Diakhir aktiviti, para peserta membuat aktiviti operator boolen. Dimana para peserta diarahkan untuk memulakan carian di internet mengunakan kenyataan-kenyataan yang diberikan.
Tarikh | : 09 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 16 Peserta |
Tujuan
Kelas ini telah dihadiri oleh 16 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengajar kosa kata dalam bahasa English. Disamping itu, untuk melatih para peserta mengunakan mouse dan keyboard.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diajar untuk membuka web word search, mengunakan mouse dengan betul,dan juga setiap para peserta diarahkan untuk mencuba didepan. Setelah itu,para peserta diarahkan untuk membuka google, dan menaip word search serta mengikut word search mengikut umur mereka. Setelah siap menyiapkan mengikut level pertama, para peserta diarahkan untuk menghabiskan sehingga game over.
Tarikh | : 11 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kg Biawak |
Peserta | : 24 Peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai oleh 24 peserta dari kalangan sekolah rendah dan juga menengah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memperkenalkan dashboard komuniti dikalangan ahli pusat internet kampung biawak. Disamping itu, untuk mengajar para peserta untuk mengunakan my komuniti.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang diadakan ialah para peserta ditunjuk cara log masuk ke dashboard komuniti, dan cara untuk membuat penguguman di my Komuniti. Setelah itu, setiap para peserta diarahkan untuk log masuk ke Dashboard mengunakan no kad pengenalan sendiri dan juga post penguguman di my komuniti. Di akhir aktiviti para peserta diberi tugasan untuk copy and paste cerita rakyat ke my komuniti.
Tarikh | : 08 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 10 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh 10 peserta tahap 1. Tujuan aktiviti ini ialah untuk berhibur sambil mendidik para peserta mengunakan internet dengan perkara yang berfaedah disamping itu, untuk melatih para peserta mengunakan tetikus.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diarahkan untuk membuka google, dan menaip online coloring serta memilih lukisan yang mereka mahu mewarna. Setelah siap mewarna lukisan yang pertama, para peserta diarahkan untuk mewarna lukisan yang lebih mencabar.