Tarikh | : 07 Januari 2019 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 18 Peserta |
Tujuan
Program ini telah disertai 18 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini ialah untuk mengajar para peserta mengendalikan pencarian pintar di internet dan untuk mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di internet
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diarahkan untuk menyalin nota serta menerangkan rajah yang ditayangkan mengikut kefahaman mereka. Diakhir aktiviti, para peserta membuat aktiviti operator boolen. Dimana para peserta diarahkan untuk memulakan carian di internet mengunakan kenyataan-kenyataan yang diberikan.
Tarikh | : 21 Disember 2018 |
Masa | : 07.30 pagi - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 46 orang peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah dibuka untuk 30 peserta pelajar sekolah rendah yang menjadi ahli Pusat Internet Kampung Biawak dan disertai oleh 15 peserta pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet Kampung Biawak di Kalangan kaum Ibu Bapa setempat dan juga penduduk di sekitar kampung Biawak. Selain itu, untuk mendedahkan para sukarelawan Pusat Internet Kampung Biawak untuk mengendalikan sesebuah program. Disamping itu, aktiviti ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan am mengenai sambutan hari natal.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, zumba, pembahagian kumpulan, pecahkan belon di kaki, gula-gula dalam tepung, Mencari maklumat berkaitan dengan design fashion dan para peserta diberi tugasan untuk membuat kreatif fashion mengunakan surat khabar dan salotep sahaja, pada sesi petang pula, para peserta diberi tugasan untuk bermain belon berisi air, membuat action song dan diakhir aktiviti, penyampaian hadiah untuk pemenang pemenang bagi aktiviti sepanjang bulan 12.
Tarikh | : 13 Disember 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 8 Peserta |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar sekolah menengah (belia). Kelas ini adalah pengenalan asas word 2016. peserta diajar tentang fungsi-fungsi yang ada di dalam word seperti format, table, insert dan lain-lain.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan adalah membuat surat rasmi. Para peserta diajar tentang format surat rasmi dan membuatnya menggunakan word 2016.
Tarikh | : 17 Disember 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 15 peserta |
Tujuan
Kelas ini telah disertai oleh 15 peserta dari kalangan sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk mengajar para peserta untuk membuat biodata, mengambil gambar passport untuk diletakan di dalam biodata para peserta. Kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti ini ialah para peserta boleh belajar membuat profile dan membuat naik gambar mereka dan meletakkan di biodata mengunakan Microsoft word. Selain itu boleh belajar mengambil gambar passport mengunakan latar belakang biru dan putih yang ada disekitar dalam Pusat Internet Kg Biawak.
Aktiviti
Para peserta diminta untuk membuat bersama sama dengan petugas biodata diri terlebih dahulu, membuat kotak, mengisi butiran, front, saiz front, mengikut yang dipaparkan di screen. Setelah selesai, para peserta diminta untuk memuat naik gambar passport yang terkini. Oleh yang demikian, para peserta perlu menangkap gambar mereka berlatar belakangkan putih dan biru dahulu sebelum memuat naik di biodata.
Tarikh | : 8 Disember 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 11 Peserta |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 11 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini adalah untuk kesinambungan bagi kelas DIY yang terdahulu. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan microsoft word dan cara mencari maklumat di internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan secara kumpulan. Setiap kumpulan atau individu dikehendaki melaksanakan projek DIY yang akan dibuat dan menyediakan kertas kerja menggunakan word atau power point.