Tarikh | : 6 Disember 2018 (Khamis) |
Masa | : 02.00 petang - 03.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 6 Peserta |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar. Kelas ini adalah untuk memperkenalkan pelajar tentang dashboard dan penggunaannya terutama bagi kategori MySkool.
Aktiviti
Petugas menerangkan tentang Dashboard, kategori-kategori yang ada dan fungsi setiap satu kategori yang ada di dalam dashboard. Bagi sesi ini, petugas menerangkan tentang kategori MySkool kepada pelajar.
Tarikh | : 03 Disember 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 04.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 20 Peserta |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 20 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini adalah untuk mengajar peserta untuk merancang satu projek DIY (Buat sendiri) secara berkumpulan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penggunaan microsoft word dan cara mencari maklumat di internet.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan secraa kumpulan. peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan hendaklah merancang satu projek DIY yang akan dibuat dan menyediakan kertas kerja menggunakan microsoft word. kemudian kumpulan dikehendaki membuat kajian di internet berkenaan projek tersebut.
Tarikh | : 13 November 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 15 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh 15 Peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengajar para peserta mengunakan internet dengan betul iaitu mengajar mencari maklumat dengan betul untuk kegunaan seharian dan juga untuk memudahkan mereka menyiapkan kerja sekolah.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diminta untuk mencari huruf yang dipilih mengikut kategori yang ditetapkan sebagai contoh, nama haiwan, nama buah-buahan, sayur-sayuran, nama negara, nama benda dan juga nama manusia yang bermula huruf A, para peserta akan mencari huruf berkenan di internet dan masa yang diberikan ialah 5 minit.
Tarikh | : 01 Disember 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 40 Peserta |
Tujuan
Program ini adalah kolaborasi antara UITM dan Pusat Internet Kg Biawak. Ianya adalah bertujuan untuk membangun hubungan antara masyarakat luar bandar dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para belia dalam bidang ICT sesuai dengan objektif Pusat Internet itu sendiri iaitu merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar
Aktiviti
Para peserta diajar mengenai pengenalan asas Excel. Peserta diajar cara menggunakan excel untuk pengiraan, membuat formula, jadual dan sebagainya. Peserta juga diberikan tugasan untuk dibuat dan dibimbing oleh fasilitator dari UITM.
Tarikh | : 08 November 2018 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Kampung Biawak |
Peserta | : 15 Peserta |
Tujuan
Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengisi masa lapang sementara ketiadaan internet di PIM dan untuk menguji pengetahuan para peserta.
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta diminta untuk membuat kotak dan melabelkan kategori berserta markah. Cabutan satu huruf dari A-Z dibuat dan para peserta diminta untuk meneka dan menulis jawapan mengikut kategori.