Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat beristirehat yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

Air Terjun Jangkar 

WhatsApp-Image-2018-07-10-at-6.05.38-PM

(Waterfall Jangkar)

Daerah Kecil Lundu merupakan salah satu daerah di dalam bahagian Kuching, Sarawak yang mempunyai banyk keindahan alam semula jadi yang terkenal seantero Malaysia. Air Terjun Jangkar itulah nama satu Kawasan air terjun yang sebenarnya tidak begitu dikenali oleh rakyat Sarawak. Lokasinya terletak berdekatan dengan kampung jantan tidak jauh dari kawasan Lundu. Untuk ke Kawasan ini sahaja perlu mendaki selama 2 jam untuk sampai ke kawasan air terjun pertama untuk melakukan rekreasi mandi manda dan sebagainya.

Selain Keindahan Panorama dan juga kekayaan flora dan fauna di kawasan sekitar air terjun yang dikatakan terdapat beberapa spesis bunga-bungaan hutan yang jarang didapat di kawasan lain, disini juga menyaksikan batuan air terjunnya. Air terjun Jangkar ini sendiri dikatakan ketinggiannya sama seperti bangunan 3 tingkat. Air Terjun Jangkar juga mempunyai 7 Tingkat. Dan oleh kerana itulah disetiap aras air terjunnya mempunyai pembentukan kolam air mandian semula jadi tersendiri yang menjadi tarikan untuk sesiapa sahaja yang mengemari mandi air sejuk yang menyegarkan. 

Namun begitu, didalam keseronokan bermandi-manda di air terjun ini adalah tidak digalakkan untuk mandi dikawasan yang mempunyai kedalaman yang tinggi memandangkan ianya agak merbahaya. Ini kerana umum mengetahui walau dimana sahaja lokasi air terjun di dunia sudah tentu di lokasi inilah sering berlaku arus dalaman air yang terlalu deras sehingga boleh membahayakan sesiapa yang berenang.