Kampung Biawak merupakan sebuah perkambungan yang terletak lebih kurang 30 minit dari lundu. Kampung ini juga amat berdekatan dengan negara jiran iaitu Indonesia sehingga dijadikan salah satu laluan ke negara jiran. Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Biawak boleh disifatkan amat memuaskan. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi biarpun bergantung dengan air gunung. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, surau, gereja dan juga rumah adat (Guna Pabuistn) turut terdapat di Kampung Biawak.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti bank bsn bergerak, perkhidmatan pos, kesihatan, sekolah, imegresen, Pos Gabungan Malindo (Malaysia & Indonesia) dan keperluan harian di Pekan Biawak dan juga di Pekan Lundu.

 

WhatsApp-Image-2018-07-10-at-4.32.39-PM(Pos Gabungan Malindo)

 

WhatsApp-Image-2018-07-10-at-4.32.38-PM

( Gereja Katolik St Felix )

 

 IMG 20180702 175645

(Guna Pabuistn atau dikenali sebagai rumah adat)

 

WhatsApp-Image-2018-07-10-at-4.28.30-PM-1

( Dewan Lama Kampung Biawak )

WhatsApp-Image-2018-07-10-at-4.28.28-PM-1

(Perpustakaan Desa Kpg Biawak)