Kampung Biawak Basansam

 

Balala’ Atau Basansam adalah satu ritual atau upacara adat yang diadakan oleh suku kaum Salako Rara yang ada di daerah Lundu. Adat basansam ini merupakan adat berkurung dalam ritual tolak bala atau membersihkan kampung dari segala gangguan, penyakit atau segala bentuk marabahaya. Biasanya adat basansam akan diadakan sekali dalam setahun iaitu pada selepas musim menuai atau selepas sambutan gawe’.

 

Adat ini diadakan selama 3 hari. Bermula pada petang hari pertama, upacara nyangahatn’ akan diadakan di guna pabuistn’. Kemudian setiap rumah dan simpang masuk kampung akan ditanda atau dipagari dengan daun buluh sebagai tanda berpantang. Pantang yang dimaksudkan adalah tidak boleh keluar rumah dan tidak boleh menerima tetamu. Selain itu juga, penduduk tidak boleh membuat bising, menonton siaran televisyen & radio. Bukan itu sahaja orang luar juga adalah dilarang untuk masuk ke kampung kerana pantang tersebut sehingga tamat adat basansam.

 

sumber: Menarik Di Lundu

Gambar Disini