USAHAWAN PERKHIDMATAN JAHITAN

 Nama  : Pn Subang Goerge Berry Kadam
 Umur  : 55 Tahun
 Ahli  : 29 Mac 2019

 

Latar belakang

Pn. Subang telah mula mengambil tempahan jahitan ini secara kecil-kecilan di kampung sekitar Lundu. Beliau mula mengambil tempahan sejak 18 tahun yang lalu. Beliau adalah seorang surirumah dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan menjahit adalah hobi beliau sewaktu masa lapang. Beliau mula meminati bidang jahitan sejak di bangku sekolah lagi dan pada awalnya adalah digunakan untuk diri sendiri serta keluarga sahaja. Biarpun kini beliau hanya seorang suri rumah tangga namun minat nya untuk berniaga hasil barangan jahitan nya mendapat sokongan daripada suami dan anak-anaknya. Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Melalui kelas Keusahawanan yang telah diikuti nya di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun page Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dan juga membuka akaun Whatsapp.Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-15 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Lundu malahan juga dari Kuching yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 malahan boleh mencecah kepada RM3000 pada musim perayaan. Selain itu juga beliau juga membekalkan produk seperti blouse kepada rakan niaganya iaitu anaknya sendiri melalui applikasi shopee.

Pn-Subang-George

(Latihan ICT di kedai jahitan Pn. Subang George. Latihan yang diberikan adalah kelas Microsoft office & kelas penggunaan media sosial seperti facebook, whatsapp & shopee)


 

USAHAWAN ONLINE 

 Nama  : Pn Melisa Amat
 Umur  : 38 Tahun
 Ahli  : 03 Februari 2019

 

Latar belakang

Pn. Melissa Amat adalah seorang guru di Tadika Akar Baik, Serayan dan telah mula berkecimpung dalam perniagaan atas talian sejak 2018. Beliau mula mengikuti perniagaan atas talian untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi membantu keluarganya.  Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan menggunakan whatsapp sahaja. Melalui kelas Keusahawanan yang telah diikuti nya di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun page Facebook dan instagramnya sendiri untuk mempromosikan lagi produknya. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau adalah dari pelbagai tempat di Sarawak yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook dan Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500. 

 kelas

(Pn Melisa mengikuti bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet)


 

CELIK IT

Nama  : Eva Arabella
Umur  : 12 Tahun
Ahli  : 01 September 2018

 

Latar belakang

Adik Eva Arabella adalah seorang pelajar Tahun 6 SK Biawak. Dia merupakan ahli Pusat Internet sejak dari tahun 2018. Dia merupakan seorang pelajar yang rajin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di PI, pengetahuan ICT adik Eva Arabella agak kurang memuaskan serta dia tidak tahu menggunakan komputer. Selain itu, dia juga kurang berminat terhadap dunia ict kerana berpendapat mengenali it adalah susah.Adik Eva juga tidak mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer sebelum ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas ICT anjuran PI, Adik Eva semakin mahir menggunakan komputer. Bukan itu sahaja dia juga sudah boleh menggunakan word, excel serta power point untuk membuat kerja-kerja sekolah. Selain itu juga, prestasi akedamik Eva juga semakin bertambah baik kerana dia mengikuti E-kelas & E-Pembelajaran anjuran PI. Ini kerana subjek akedamik yang diajar melalui online menyeronokkan dan meningkatkan pemahaman. Sekarang Adik Eva menjadi salah seorang sukarelawan di PI yang membantu adik-adik lain yang belum tahu menggunakan komputer.

 eva

 (Adik Eva aktif mengikuti kelas yang dijalankan oleh Petugas Pusat Internet Kpg Biawak)


 

USAHAWAN KRAFTANGAN

 Nama  : En Kenyo Anak Bahiri
 Umur  : 51 Tahun
 Ahli  : 05 Disember 2018

 

Latar belakang

En. Kenyo Bahiri telah mula membuat kraftangan kayu belian ini secra kecil-kecilan di kampung sekitar Jalan Biawak. Beliau mula membuat produk kraftangan sejak 16 tahun yang lalu. Produk dipasarkan di pasar, di Karnival/ Expo kraftangan, Tapak Pesta dan secara atas talian

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-15 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil produk beliau. Pelanggan beliau adalah dari seluruh Malaysia malahan ke negara Indonesia yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM4000 – RM5000.

 kelas\

(Encik Kenyo telah menghadiri kelas yang dijalankan oleh petugas)

 


 

USAHAWAN ONLINE 

 Nama  : Cik Jane Emmur
 Umur  : 23 Tahun
 Ahli  : 21 Oktober 2018

 

Latar belakang

Cik Jane Emmur telah mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan secara kecil-kecilan bermula sejak 2 tahun lalu. Bermula dengan menjual melalui laman sosialnya. Produk seperti baju tradisional, perhiasan seperti gelang dan rantai perak, dan beg tangan. Cik Jane Emmur Cuma menjual produk atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-15 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki kedai atas talian sendiri menggunakan aplikasi shopee yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dengan lebih meluas. Pelanggan beliau adalah dari seluruh Malaysia malahan ke luar negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui applikasi shopee tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

 4