USAHAWAN ONLINE 

 Nama  : Pn Melisa Amat
 Umur  : 38 Tahun
 Ahli  : 03 Februari 2019

 

Latar belakang

Pn. Melissa Amat adalah seorang guru di Tadika Akar Baik, Serayan dan telah mula berkecimpung dalam perniagaan atas talian sejak 2018. Beliau mula mengikuti perniagaan atas talian untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi membantu keluarganya.  Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan menggunakan whatsapp sahaja. Melalui kelas Keusahawanan yang telah diikuti nya di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun page Facebook dan instagramnya sendiri untuk mempromosikan lagi produknya. Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki facebook dan Instagram sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau adalah dari pelbagai tempat di Sarawak yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook dan Instagram tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500. 

 kelas

(Pn Melisa mengikuti bengkel keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet)