SELAMAT DATANG KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG BIAWAK

Pusat Ekonomi Digital Kg Biawak (PEDi Kg Biawak) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. PEDi Kampung Biawak mula dibuka kepada awam pada 21 Ogos 2018. 

IMG-20210909-WA01591

 

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Kampung Biawak.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Ekonomi Digital Kampung Biawak menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
Pusat Ekonomi Digital Kampung Biawak telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 21 Ogos 2018. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Ekonomi Digital Kampung Biawak bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah;
 

JUMLAH AHLI PADA 15 MAC 2024

687 ORANG
 
 
 KENALI PETUGAS KAMI :

Untuk menjadi petugas Pusat Ekonomi Digital Kg Biawak, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi.  Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 

 
PENGURUS
 
susila
 
 
Nama : Susila Lala
Mula berkhidmat : 01 Julai 2018
Pendidikan:
1) Bachelor of Public Management (Hons)
2) Diploma of Vocational Instructor in Building Technology
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
errienna-pssport
 
Nama : Errienna Hanant
Mula berkhidmat : 7 Februari 2023
Pendidikan:
1) Diploma of Computer Science