Sejarah Kampung Biawak

Kampung Biawak merupakan kawasan persempadanan Sarawak (Malaysia) dan Indonesia. Penduduk asal kampung ini adalah dari Indonesia dan kawasan ini mula-mula diterokai seseorang yang bernama "Nek Garang". Kawasan laluan penempatan kampung ini dikenali sebagai "Bedaun" dan suatu masa dahulu merupakan kawasan berpenyakit berjangkit yang boleh membawa maut. Oleh itu, kawasan ini ama ditakuti penduduk kerana ramai dari mereka yang meninggal dunia akibat penyakit itu. 

Lalu mereka bertekad untuk berpindah Ke Pasir Hilir yang dikenali penduduk sebagai Batang Tengah. Kawasan penempatan baharu tersebut mempunyai dua buah anak sungai yang bertemu dan menyerupai "lidah biawak". Oleh kerana cabang sungai lidah biawak, maka penduduk kampung ini pun menamakan Kampung Biawak.

Kampung Biawak yang kini terkenal dengan kompleks CIQS, telah menerima banyak pembangunan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sepanjang perjalanan ke Kampung Biawak, kita dapat melihat permandangan indah pokok- pokok kelapa sawit yang ditanam menerusi skim usaha sama dengan penduduk. Selain petanian, penduduk kampung ini juga bekerja di sektor perladangan serta jabatan-jabatan kerajaan dan juga swasta.

Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi biarpun bergantung dengan air gunung. Disamping itu, Kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelangang sepak takraw, padang bola, jalan raya berturap, surau, gereja dan juga rumah adat (Guna Pabuistn) turut terdapapt di Kampung Biawak. Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga telah mendapat pelbagai kemudan dan perkhidmatan lain seperti bank bsn bergerak, perkhidmatan pos, kesihatan, sekolah, imegresen, Pos Gabungan Malindo (Malaysia & Indonesia) dan keperluan harian di Pekan Biawak dan juga di Pekan Lundu.

 

Sumber: Ketua Kampung Juak Ak Domet

Sumber: Buku The Story behind he village in Lundu district by Azmi Bin Haji Bujang 

 

AHLI PARLIMEN, ADUN, PEGAWAI DAERAH, PENGHULU DAN KETUA KAMPUNG

AHLI PARLIMEN : YB MORDI BIMOL (P192 MAS GADING )
ADUN KAWASAN : YB BILLY SUJANG (N01 OPAR)
PEGAWAI DAERAH : GUSTIAN BIN HAJI DURANI
PEMANCA : ELLEN AK ENGGANG 
PENGHULU : KUTONG AK ENGGANG
KETUA KAMPUNG : LINANG AK JUKI

 

Sumber: Berdasarkan Borang Kaji Selidik