USAHAWAN PERKHIDMATAN JAHITAN

 Nama  : Pn Subang Goerge Berry Kadam
 Umur  : 55 Tahun
 Ahli  : 29 Mac 2019

 

Latar belakang

Pn. Subang telah mula mengambil tempahan jahitan ini secara kecil-kecilan di kampung sekitar Lundu. Beliau mula mengambil tempahan sejak 18 tahun yang lalu. Beliau adalah seorang surirumah dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang jahitan dan menjahit adalah hobi beliau sewaktu masa lapang. Beliau mula meminati bidang jahitan sejak di bangku sekolah lagi dan pada awalnya adalah digunakan untuk diri sendiri serta keluarga sahaja. Biarpun kini beliau hanya seorang suri rumah tangga namun minat nya untuk berniaga hasil barangan jahitan nya mendapat sokongan daripada suami dan anak-anaknya. Sebelum menggunakan ICT sebagai salah satu platform dalam berniaga, beliau hanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja iaitu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan. Melalui kelas Keusahawanan yang telah diikuti nya di Pusat Internet dan dengan usaha beliau yang sentiasa tidak putus-putus untuk mempelajari ICT sehingga beliau telah membuat akaun page Facebook nya sendiri untuk mempromosikan lagi produk nya dan juga membuka akaun Whatsapp.Kini pelanggan daripada luar kawasan Lundu juga ada yang telah menempah produk beliau melalui laman-laman sosial tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-15 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau adalah dari Lundu malahan juga dari Kuching yang mana mereka mengetahui perkhidmatan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000 malahan boleh mencecah kepada RM3000 pada musim perayaan. Selain itu juga beliau juga membekalkan produk seperti blouse kepada rakan niaganya iaitu anaknya sendiri melalui applikasi shopee.

Pn-Subang-George

(Latihan ICT di kedai jahitan Pn. Subang George. Latihan yang diberikan adalah kelas Microsoft office & kelas penggunaan media sosial seperti facebook, whatsapp & shopee)