USAHAWAN ONLINE 

 Nama  : Cik Jane Emmur
 Umur  : 23 Tahun
 Ahli  : 21 Oktober 2018

 

Latar belakang

Cik Jane Emmur telah mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan secara kecil-kecilan bermula sejak 2 tahun lalu. Bermula dengan menjual melalui laman sosialnya. Produk seperti baju tradisional, perhiasan seperti gelang dan rantai perak, dan beg tangan. Cik Jane Emmur Cuma menjual produk atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200-RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10-15 orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Biawak, beliau kini telah memiliki kedai atas talian sendiri menggunakan aplikasi shopee yang dapat mempromosikan hasil produk beliau dengan lebih meluas. Pelanggan beliau adalah dari seluruh Malaysia malahan ke luar negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui applikasi shopee tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

 4