CELIK IT

Nama  : Eva Arabella
Umur  : 12 Tahun
Ahli  : 01 September 2018

 

Latar belakang

Adik Eva Arabella adalah seorang pelajar Tahun 6 SK Biawak. Dia merupakan ahli Pusat Internet sejak dari tahun 2018. Dia merupakan seorang pelajar yang rajin.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri di PI, pengetahuan ICT adik Eva Arabella agak kurang memuaskan serta dia tidak tahu menggunakan komputer. Selain itu, dia juga kurang berminat terhadap dunia ict kerana berpendapat mengenali it adalah susah.Adik Eva juga tidak mendapat pendedahan tentang penggunaan komputer sebelum ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas ICT anjuran PI, Adik Eva semakin mahir menggunakan komputer. Bukan itu sahaja dia juga sudah boleh menggunakan word, excel serta power point untuk membuat kerja-kerja sekolah. Selain itu juga, prestasi akedamik Eva juga semakin bertambah baik kerana dia mengikuti E-kelas & E-Pembelajaran anjuran PI. Ini kerana subjek akedamik yang diajar melalui online menyeronokkan dan meningkatkan pemahaman. Sekarang Adik Eva menjadi salah seorang sukarelawan di PI yang membantu adik-adik lain yang belum tahu menggunakan komputer.

 eva

 (Adik Eva aktif mengikuti kelas yang dijalankan oleh Petugas Pusat Internet Kpg Biawak)