Tarikh  : 30 September 2018
 Masa  : 03.00 petang - 04.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 26 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh para pemenang yang memenangi pertandingan dan juga aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan september. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan juga untuk menggalakkan dan menarik minat para peserta dan juga para pengunjung untuk menyertai program yang dijalankan.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian hadiah mengikut kategori dan juga aktiviti.

 

Gambar Disini


 

Tarikh  : 27 September 2018
Masa   : 02.00 petang - 03.30 petang
Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
Peserta   : 32 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 32 peserta dari pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar para peserta berkenaan teknologi dan bagaimana ia memudahkan kehidupan.  Selain itu, belajar mengunakan teknologi secara betul dan tidak menyalahgunaakan. 

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video dan puzzle.

 


 

 Tarikh  : 20 September 2018
 Masa  : 02.30 petang - 05.30 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung biawak
 Peserta  : 6 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 6 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah tahap 1. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membimbing peserta dalam matapelajaran Matematik terutama sifir. 

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ulangkaji subjek matematik dan kuiz dijalankan diakhir pembelajaran. Di akhir kelas para peserta diuji seorang demi seorang dengan membaca sifir sorang demi seorang.

 


 

 Tarikh  : 21 September -23 September 2018
 Masa  : 08.00 Pagi - 05.00 Petang
 Tempat   : Town Square Lundu
 Petugas   : Siti Amirah (Pengurus P.I Lundu) , Shuzilla Lala (Pengurus P.I Kg Biawak) Siti Nur Shuiada (P.Pengurus P.I Kg Biawak)

 

Tujuan

Program ini telah dibuka untuk orang awam yang berkunjung di Pesta Lundu. Tujuan program ini untuk mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet kepada orang awam sempena Pesta Lundu 2018. Dengan adanya program sebegini Orang awam lebih mengenali PI yang terdapat disekitar Lunda dan menggalakan pendaftaran ahli.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Town Square Lundu.Antara aktiviti yang dijalankan adalah mempromosikan Pusat Internet Kampung Biawak dan juga Pusat Internet Lundu, pemeriksaan tekanan darah secara percuma,  Online games Klik Dengan Bijak, word search games, dan juga jualan produk usahawan Pusat Internet.

 

Gambar Disini


 

 

 Tarikh  : 20 September 2018
 Masa  : 02.00 petang - 02.30 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 6 Orang

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan internet dengan betul tanpa salahguna. KDB mengajar bahwa buli siber adalah sesuatu yang harus dibanteras.

 
Aktiviti
Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan youtube klik dengan bijak dan jugak kuiz klik dengan bijak.