Tarikh  : 6 November 2018
 Masa   : 03.00 petang - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 10 Peserta

 

Tujuan

Kelas Komputer ini telah disertai oleh 10 orang peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk mengenal bahagian-bahagian penting komputer dan boleh menunjukkan komponen pada unit sistem seperti port input dan output, pemacu cakera liut, pemacu cakera optik, dan soket input arus ulang alik.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan slide berkaitan bab 2, para peserta diminta untuk membuat nota, diakhir kelas, para peserta diberi latihan untuk menguji kefahaman yang telah dipelajari.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 06 November 2018
 Masa   : 02.00 petang - 03.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 10 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh pelajar tahap 2 sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengajar para peserta agar sentiasa berjaga dan sentiasa berwaspada dengan dunia siber.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video tentang penipuan online, diakhir program para peserta akan diberi kuiz untuk menguji kefahaman mengenai penipuan siber.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 27 Oktober 2018
 Masa  : 02.00 petang - 03.30 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 16 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh belia. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar dan memberi pendedahan berkaitan keselamatan di internet dan peraturan yang harus dipatuhi.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video, slide dari Pengurus, dan juga soalan untuk menguji kefahaman para peserta.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 1 November 2018
 Masa   : 02.00 petang - 04.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 27 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 27 orang peserta. Tujuan aktiviti ini dijalankan ialah untuk melatih para peserta mengunakan papan kekunci dengan kedudukan jari yang betul diatas papan kekunci.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah para peserta didedahkan dengan aplikasi game, typing games zone for kids dan para peserta juga diarahkan untuk mencuba bermainn aplikasi tersebut.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 25 Oktober 2018
 Masa   : 03.00 petang - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 9 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 9 orang peserta dari pelajar sekolah rendah tahap 1. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk mengajar tentang perisian dan perkakasan komputer.

 

Aktiviti

Kelas ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah slide berkaitan topik yang diajar dan latihan amali untuk menguji kefahaman para peserta.