Tarikh  : 21 Disember 2018
 Masa   : 07.30 pagi - 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta   : 46 orang peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini telah dibuka untuk 30 peserta pelajar sekolah rendah yang menjadi ahli Pusat Internet Kampung Biawak dan disertai oleh 15 peserta pelajar sekolah menengah. Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet Kampung Biawak di Kalangan kaum Ibu Bapa setempat dan juga penduduk di sekitar kampung Biawak. Selain itu, untuk mendedahkan para sukarelawan Pusat Internet Kampung Biawak untuk mengendalikan sesebuah program. Disamping itu, aktiviti ini memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan am mengenai sambutan hari natal.

 

Aktiviti

Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, zumba, pembahagian kumpulan, pecahkan belon di kaki, gula-gula dalam tepung, Mencari maklumat berkaitan dengan design fashion dan para peserta diberi tugasan untuk membuat kreatif fashion mengunakan surat khabar dan salotep sahaja, pada sesi petang pula, para peserta diberi tugasan untuk bermain belon berisi air, membuat action song dan diakhir aktiviti, penyampaian hadiah untuk pemenang pemenang bagi aktiviti sepanjang bulan 12.

 

Gambar Disini