Tarikh  : 5 September 2018
 Masa  : 02.00 petang - 02.40 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 9 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 9 orang peserta tahap 1 sekolah rendah. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk membudayakan para penguna internet agar tidak berkongsi dan mendedahkan maklumat secara berlebihan. Selain itu, untuk mengajar tentang keselamatan, kewaspadaan, dan tanggungjawab kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

 

Aktiviti

Program ini telah diadakan di Pusat Internet Kampung Biawak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tayangan video Klik Dengan Bijak, sesi soal jawab berkaitan dengan dengan berkongsi berlebihan di media sosial. Diakhir aktiviti para peserta  diminta untuk melakonkan semula mengikut situasi yang diberikan.

 

Gambar Disini