Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. belajar cara merakam sesuatu video
  2. menyunting video dengan mudah menggunakan telefon
  3. meng-aplikasikan pengetahuan dalam menggunakan VN editor untuk tujuan pendidikan, atau media sosial.

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Selepas diberi penerangan, mereka masing-masing memuat turun aplikasi VN dalam telefon pintar masing-masing. Mereka diberi topik untuk membuat satu suntingan video masing-masing.

 

 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mahir menggunakan komputer sebagai platform belajar secara online
  2. mahir untuk mengikut dan menjadi host di dalam kelas online
  3. penting untuk memahami penggunaan platform belajar secara atas talian

 

Aktiviti

Peserta diberikan link untuk masuk ke dalam kelas atas talian. Kemudian, peserta diminta mencatatkan maklumat -maklumat penting dan diuji dengan menjawab soalan sejarah menggunakan google form. 

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mengenal pasti label MCMC di setiap produk yang dijual peniaga
  2. kepentingan untuk setiap produk mempunyai label MCMC.
  3. berlatih menggunakan Microsoft Word
  4. mampu menggunakan Microsoft Word untuk apa-apa keperluan seperti menyiapkan tugasan sekolah, urusan kerja dan tujuan perniagaan.
  5. melahirkan warga komuniti celik IT di masa hadapan  

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Mereka ditunjukkan contoh-contoh label MCMC pada setiap produk di Malaysia. Selain itu, untuk latihan Microsoft Word, mereka diberi tugasan untuk menggunakan setiap fungsi penting di toolbar Microsoft Word seperti jenis font, alignment, spacing, insert media dan sebagainya.

 

 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat belajar:

  1. apa itu Internet?
  2. penyebaran informasi
  3. apa itu "offline" dan "online"
  4. jenis-jenis web browser sedia ada
  5. fakta tentang online system

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Dalam kelas ICT, peserta diarahkan untuk membuka browser Chrome pada pc masing-masing dan memulakan carian secara online. Topik yang diberi akan dicari terus secara online.

 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi ketagihan internet
  2. mengetahui kepentingan untuk melayari internet secara bijak
  3. belajar untuk membahagikan masa untuk melayari internet dan melakukan benda yang lain seperti mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti sosial yang lain.
  4. mencari aplikasi dalam talian yang dapat digunakan untuk mengulangkaji pelajaran
  5. belajar untuk mencari sumber yang sahih dan dapat digunakan sebagai rujukan dalam pembelajaran 

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Selepas diberi penerangan, mereka membuka Google Meet untuk memulakan sesi pembelajaran. Peserta juga diajar untuk mencari laman web yang dapat memberi latihan kepada mereka secara dalam talian bergantung kepada matapelajaran atau subjek yang mereka mahu.