Tujuan

Dalam program ini, satu temuramah telah dilakukan melibatkan Pusat Internet Kampung Sampadi, bersama dengan TVS untuk rancangan Menghubung Kehidupan. Episod kali ini tentang kehidupan seorang pelajar bernama Zainab tentang kehidupan seharian nya dalam menyambung pelajaran dan hadir kelas secara online. 

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Petugas mengajar cara download dan install Aplikasi Mudah Alih Dashboard bagi pengguna Android dan cara membukanya menggunakan laman sesawang.
  2. Petugas juga menerangkan cara untuk pengguna menyiarkan dan membaca perkara yang berlaku di komuniti setempat

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tentang dashboard dan komponen-komponennya. Petugas menerangkan cara membuka dashboard pada laman web dan android. Pelajar juga diminta untuk menyiarkan satu artikel berdasarkan tajuk yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. belajar menggunakan aplikasi Canva untuk membuat infografik
  2. mengaplikasikan pengetahuan dalam membuat infografik untuk membuat tugasan sekolah atau kerja peribadi
  3. Klik Dengan Bijak: Peserta mempelajari konsep AACCO 

Kriteria penilaian AACCO adalah seperti berikut:

1. Ketepatan (Accuracy)

  • Apakah fakta yang saya dapat?
  • Adakah maklumat tersebut hanya berdasarkan pendapat peribadi atau pengalaman sahaja?

2. Kewibawaan (Authority)

  • Siapakah pengarangnya?
  • Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut?

3. Liputan (Coverage)

  • Apakah topik yang dibincangkan oleh sumber tersebut?
  • Adakah topik tersebut dibincangkan secara mendalam atau ringkas?

4. Tempoh Masa (Currency)

  • Bilakah sumber itu diterbitkan?
  • Adakah ia telah dikemas kini baru-baru ini?

5. Matlamat (Objectives)

  • Mengapa penulis menulis mengenai topik tersebut?
  • Apakah yang beliau mahu capai melalui penulisan tersebut?

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan konsep AACCO sebelum memulakan kelas. Kemudian, peserta diminta mencatatkan maklumat -maklumat penting dan diuji dengan menjawab soalan KDB. Untuk Canva, peserta membuka id login Canva masing-masing dan belajar membuat infografik ringkas.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Memberikan kemahiran dan pengetahuan tentang  perisian Microsoft Excel yang dapat meningkatkan kecekapan dan juga memudahkan tugas harian.
  2. Mempelajari Excel fungsi dan ciri-ciri Microsoft Excel.

KDB: Analisis Sumber

- mengenal pasti sumber yang ada di Internet

 

Aktiviti

Peserta diberikan penerangan tentang KDB: Analisis Sumber sebelum memulakan latihan. Selepas itu peserta diminta membuka Microsoft Excel di Pc masing-masing dan belajar membuat latihan.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mahir menggunakan komputer sebagai platform belajar secara online
  2. mahir menggunakan Powerpoint untuk mebuat kerja pembentangan semasa kelas online.
  3. tahu tentang konsep S.U.R.E;

1. Sumber (Source)

  • Lihat asal-usul maklumat. Adakah ia boleh dipercayai?
  • Pastikan bahawa sumber maklumat tersebut boleh dipercayai.

2. Memahami (Understand)

  • Faham apa yang anda baca. Pastikan kejelasannya.
  • Cari fakta dan bukannya pendapat.

3. Selidik (Research)

  • Buat carian lebih mendalam dan melangkaui sumber awal.
  • Siasat dengan teliti sebelum membuat keputusan. Periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber.

4. Menilai (Evaluate)

  • Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama.
  • Lihat daripada sudut yang berbeza- Cari penjelasan dari sekurang-kurangnya dua pihak mengenai sesuatu perkara. 

 

Aktiviti

Peserta diberikan link untuk masuk ke dalam kelas atas talian. Kemudian, peserta diminta mencatatkan maklumat -maklumat penting dan diajar menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membentang dalam kelas online mereka.

 

Gambar Disini