Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mengimbas kembali pengetahuan dalam menggunakan Dashboard Community di Pusat Internet Komuniti.
  2. menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam Dashboard seperti posting umum, iklan perniagaan, cakna kesihatan, dan sebagainya
  3. tahu bagaimana mereka berperanan dalam menjadi mata-mata di Internet.
  4. mengenal pasti material dan laman web yang boleh diakses dan tidak boleh diakses di Internet.
  5. mengaplikasikan pengetahuan dengan Klik dengan Bijak dalam kehidupan seharian.

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Selepas diberi penerangan, mereka masing-masing membuka (log in) ke Dashboard masing-masing untuk melihat layar muka baru tahun 2021.

 

 
 

 

 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Peserta dapat belajar untuk membuat video untuk mempromosikan produk mereka.
  2. Menjadi lebih kreatif dengan membuat video pendek hanya dengan menggunakan telefon mereka
  3. Memastikan mereka mampu untuk menggunakan semua sumber yang ada untuk memajukan perniagaan mereka dan mampu mempromosikan produk mereka dengan lebih jauh lagi.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang aplikasi VN yang digunakan untuk meng-edit video menggunakan telefon. Kemudian mereka membuat video sendiri tanpa ada bimbingan dari petugas.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Peserta dapat membiasakan diri dengan penggunaan Google Zoom sebagai platform untuk hadir ke kelas mereka.
  2. Mengajak pelajar-pelajar sekolah yang mempunyai masalah untuk menghadiri kelas online untuk menggunakan fasiliti yang disediakan oleh pusat internet komuniti.
  3. Mencapai misi ke arah celik IT.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang aplikasi Google Zoom sebelum memulakan sesi kelas bersama guru mereka. Peserta juga diajar untuk bersedia dari segi audio yang jelas dan bagaimana untuk merekod sesi kelas Zoom mereka untuk kegunaan masa hadapan kelak.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Peserta dapat belajar untuk membuat kad ucapan menggunakan aplikasi Canva.
  2. Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan tentang Canva untuk mereka pelbagai jenis kad ucapan mahu pun gambar dan video.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang aplikasi Canva dan pemilihan tema yang sesuai untuk digunakan. Peserta juga diajar tentang pemilihan font, warna dan saiz yang sesuai.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. Peserta dapat mencari soalan-soalan Matematik secara atas talian untuk kegunaan latihan dan ulangkaji.
  2. Mencari nota-nota matapelajaran Matematik secara atas talian dari guru-guru pakar.
  3. Mempelajari Matematik melalui video interaktif melalui platform yang sedia ada dalam talian.

 

Aktiviti

Peserta diberikan taklimat tentang laman web yang boleh digunakan untuk mencari tips-tips belajar Matematik secara atas talian. Peserta juga dapat memperoleh nota-nota dan soalan-soalan Matematik untuk dijadikan sebagai latihan ulang kaji.

 

Gambar Disini