Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mengimbas kembali pengetahuan dalam menggunakan Dashboard Community di Pusat Internet Komuniti.
  2. menggunakan kemudahan yang disediakan di dalam Dashboard seperti posting umum, iklan perniagaan, cakna kesihatan, dan sebagainya
  3. tahu bagaimana mereka berperanan dalam menjadi mata-mata di Internet.
  4. mengenal pasti material dan laman web yang boleh diakses dan tidak boleh diakses di Internet.
  5. mengaplikasikan pengetahuan dengan Klik dengan Bijak dalam kehidupan seharian.

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Selepas diberi penerangan, mereka masing-masing membuka (log in) ke Dashboard masing-masing untuk melihat layar muka baru tahun 2021.