Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mahir menggunakan komputer sebagai platform belajar secara online
  2. mahir menggunakan Powerpoint untuk mebuat kerja pembentangan semasa kelas online.
  3. tahu tentang konsep S.U.R.E;

1. Sumber (Source)

  • Lihat asal-usul maklumat. Adakah ia boleh dipercayai?
  • Pastikan bahawa sumber maklumat tersebut boleh dipercayai.

2. Memahami (Understand)

  • Faham apa yang anda baca. Pastikan kejelasannya.
  • Cari fakta dan bukannya pendapat.

3. Selidik (Research)

  • Buat carian lebih mendalam dan melangkaui sumber awal.
  • Siasat dengan teliti sebelum membuat keputusan. Periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber.

4. Menilai (Evaluate)

  • Cari keseimbangan. Gunakan pertimbangan yang saksama.
  • Lihat daripada sudut yang berbeza- Cari penjelasan dari sekurang-kurangnya dua pihak mengenai sesuatu perkara. 

 

Aktiviti

Peserta diberikan link untuk masuk ke dalam kelas atas talian. Kemudian, peserta diminta mencatatkan maklumat -maklumat penting dan diajar menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membentang dalam kelas online mereka.

 

Gambar Disini