Tujuan

 Dalam pelajaran ini, peserta dapat:

  1. mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi ketagihan internet
  2. mengetahui kepentingan untuk melayari internet secara bijak
  3. belajar untuk membahagikan masa untuk melayari internet dan melakukan benda yang lain seperti mengulangkaji pelajaran dan melakukan aktiviti sosial yang lain.
  4. mencari aplikasi dalam talian yang dapat digunakan untuk mengulangkaji pelajaran
  5. belajar untuk mencari sumber yang sahih dan dapat digunakan sebagai rujukan dalam pembelajaran 

 

Aktiviti

Peserta diterangkan oleh petugas tentang advokasi klik dengan bijak sebelum memulakan latihan. Selepas diberi penerangan, mereka membuka Google Meet untuk memulakan sesi pembelajaran. Peserta juga diajar untuk mencari laman web yang dapat memberi latihan kepada mereka secara dalam talian bergantung kepada matapelajaran atau subjek yang mereka mahu.