Tarikh  : 22 Mac 2019 
 Masa   : 02.00 petang- 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Biawak
 Peserta   : 7 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan apa itu powerpoint dan mempelajari fungsi yang ada didalam powerpoint. Selain itu, pelajar juga boleh mempelajari cara membuat slideshow dan membuat pengucapan awam.

Aktiviti

 

Powerpoint adalah salah satu program aplikasi microsoft office yang berguna untuk membuat perbentangan dalam bentuk slide. Kegunaan atau fungsi Powerpoint adalah untuk membuat perbentangan dalam bentuk slide, menambahkan audio, video, gambar dan animasi agar menjadi lebih menarik dan mudah dioperasikan. Petugas menerangkan cara membuat slide dengan powerpoint dan kemudiannya memberikan satu tajuk iaitu 'Kepentingan ICT' di sekolah dan pelajar dikehendaki membuat satu perbentangan hasil carian mereka menggunakan powerpoint.

 

Gambar Disini


 

Tarikh  : 16 Mac 2019 
 Masa   : 02.00 petang- 04.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Biawak
 Peserta   : 8 Peserta

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menilai prestasi pelajar. Ujian penilaian Bulanan E-kelas adalah untuk menilai prestasi pelajar yang terlibat. Ujian bulanan ini adalah karangan Bahasa Inggeris.

 

Aktiviti

Ujian Penilaian Karangan Bahasa Inggeris untuk menilai prestasi pelajar yang terlibat dan untuk memberikan hadiah galakan kepada mereka. Ujian Prestasi dibuat untuk pelajar yang terlibat yang telah menghantar nama.

 

Gambar Disini


 

Tarikh  : 14 Mac 2019 
 Masa   : 02.00 petang- 04.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Biawak
 Peserta   : 11 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini disertai oleh 11 orang pelajar. Aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui permainan online. Aktiviti ini dapat menggalakkan pelajar belajar dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan.

 

Aktiviti

 

Aktiviti ini ialah kelas pengenalan perkataan baru dalam Bahasa inggeris. Pelajar diajar untuk mengeja dan mengenal perkataan yang berkaitan dengan ICT dalam Bahasa inggeris seperti Keyboard, mouse, monitor, communication, technology, dan lain-lain. Permainan ini boleh digunakan sebagai satu platform untuk belajar. Petugas mengajar perkataan baru dalam Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan ICT. Kemudian, pelajar diarahkan mencari perkataan Bahasa Inggeris di dalam permainan online yang mereka main seperti coloring online & word search. Kemudian pelajar harus menyebut perkataan tersebut dan petugas menerangkan maksudnya.

 

Gambar Disini


 

Tarikh  : 15 Mac 2019 
 Masa   : 02.00 petang- 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Biawak
 Peserta   : 7 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh 7 orang pelajar Tahun 6 SK Biawak. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan amalan Klik dengan bijak iaitu berkenaan maklumat palsu dan portal sebenarnya,my. Pelajar juga mempelajari cara membuat esei yang betul UPSR yang betul. Disamping itu juga, pelajar dapat mempelajari fungsi komponen & fungsi yang ada di dalam word serta cara menggunakan word.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulakan dengan Klik dengan bijak iaitu Maklumat Palsu & Sebenarnya.my. Kemudian, Penerangan tentang fungsi yang ada di dalam word seperti; Jenis Font & size font, Spacing & alignment, Fungsi Bold, Italic & Underline, Layout – margins, orientation & size, Cara membuat paragraph baru, Header & footer, Word count & Save as. Selain itu, pelajar tahu cara membuat esei menggunakan word dan fungsi di dalam word.

 

Gambar Disini


 

Tarikh  : 12 Mac 2019 
 Masa   : 02.00 petang- 05.00 petang
 Tempat   : Pusat Internet Biawak
 Peserta   : 14 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini dihadiri oleh 14 orang pelajar. Aktiviti ini adalah latihan menggunakan internet dengan bijak. Pelajar belajar bagaimana hendak mengendalikan pencarian pintar di Internet dengan mengenal pasti garis panduan bagi menilai kredibiliti kandungan di Internet.

 

Aktiviti

Operator Boolean mempunyai keupayaan untuk memperluaskan atau mengecilkan hasil carian anda. Dalam aktiviti ini, pelajar diarahkan menggunakan ‘DAN’, ‘BUKAN’, ‘ATAU’ dalam carian kata kunci mereka untuk mempunyai idea bagaimana hasil carian mereka boleh dikecilkan atau diperluaskan. Sebelum itu, petugas menerangkan maksud pencarian pintar dan menerangkan konsep Operator Boolean. Kemudian pelajar di beri satu tajuk untuk carian di internet. 

 

Gambar Disini