Tarikh  : 07 Ogos 2019
 Masa  : 02.00 petang - 03.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 14 Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini telah disertai oleh 14 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam pelajaran ini,  para pelajar akan mempelajari tentang apa itu pengawasan kanak-kanak dalam talian. 

 

Aktiviti

Penerangan daripada petugas berkenaan pengawasan kanak-kanak dalam talian. Pelajar diminta menyalin nota untuk rujukan dan sesi soal-jawab dibuat bersama. Pelajar diberi url video dari youtube, dan diminta menonton video Klik dengan bijak tersebut. Kemudain petugas menerangkan berkenaan video tersebut. Pelajra diajar tentang risiko-risiko yang akan mereka hadapai jika berada di atas talian dan cara mengelakkannya.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 05 Ogos 2019
 Masa  : 02.00 petang - 03.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 9 Peserta

 

Tujuan

Dalam pelajaran ini, pelajar akan belajar tentang ‘call spoofing’ dan cara mengelakkannya. Di samping itu, untuk membudayakan penggunaan internet secara positif dan berhati-hati menggunakan internet

 

Aktiviti

Penerangan daripada petugas berkenaan call-spoofing. Pelajar diminta menyalin nota untuk rujukan dan digalakkan memberi informasi kepada ibubapa dan kenalan yang lain

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 18 Julai 2019
 Masa  : 03.00 petang - 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 10 Peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 10 peserta. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar para peserta mengenai microsoft powerpoint. Power point merupakan salah satu program yang banyak digunakan untuk menyampaikan presentation. Menyampaikan data melalui power point dapat berupa berbagai macam bentuk, baik dalam bentuk tulisan, gambar, grafik, dan lainnya. Dalam kelas ini, pelajar diajar cara membuat carta menggunakan power point. Tajuk yang diberikan adalah carta Klik dengan bijak (oversharing).Untuk membuat carta, perlulah menggunakan smartart dan carta sedia ada dipilih mengikut kesesuaian. Data akan dimasukkan kedalam carta yang telah dipilih.

 

Aktiviti

Petugas membuat aktiviti penerangan/ teori asas apa itu carta dan cara membuatnya. Kemudian peserta diberi tugasan untuk membuat carta menggunakan powerpoint.

 

Gambar Disini


 

 Tarikh  : 20 Julai 2019
 Masa  : 09.00 pagi - 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 8 peserta

 

Tujuan

Kelas ini telah disertai oleh 8 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendh tahap 1. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar para peserta mengunakan microsoft word sebagai kertas kerja sebelum melaksanakan projek.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan tugasan projek kepada peserta. Kemudian peserta harus membuat kertas kerja menggunakan Microsoft word dan menghasilkan satu baju merdeka menggunakan bendera. Hasil projek perlu dihantar sebelum 24 Ogos 2019 untuk dinilai.

 

Gambar Disini

 


 

 Tarikh  : 11 Julai 2019
 Masa  : 03.00 petang - 05.00 petang
 Tempat  : Pusat Internet Kampung Biawak
 Peserta  : 10 Peserta

 

Tujuan

Program ini telah disertai oleh 10 peserta dari kalangan pelajar sekolah rendah. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah salah satu kaedah pembelajaran yang menarik dalam kalangan pelajar.Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.Pelajar dikehendaki menjawab soalan teka-teki yang diberikan dan dibenarkan mencari jawapan menggunakan google.Teka-teki ialah penyataan atau soalan yang mempunyai pembayang-pembayang tertentu yang bertujuan untuk menduga akal seseorang. Kebiasaannya, sesuatu teka-teki itu mempunyai jawapan yang menarik, unik atau kelakar.Pelajar dikehendaki menjawab soalan teka-teki yang diberikan dan dibenarkan mencari jawapan menggunakan google.

 

Aktiviti

Pelajar diberi soalan teka-teki dan dikehendaki menjawabnya serta dibenarkan mencari jawapan di internet. Selain itu juga, pelajar juga diberikan masa untuk mencari satu fakta menarik yang tidak diketahui di dalam internet untuk dikongsi kepada rakan-rakan yang lain.

 

Gambar Disini