Tujuan

 Dalam pelajaran ini, pelajar dapat:

  1. Membuat email (Gmail)
  2. Membuat resume
  3. Mengisi SPA

 

Aktiviti

Peserta diajar cara membuat email untuk kegunaan semasa di sekolah. Peserta juga diaajar membuat resume sebagai persediaan untuk tamat sekolah nanti. Peserta tingkatan 5 & lepasan mengisi SPA untuk persediaan mencari pekerjaan nanti. Ini berserta dengan latihan amali yang diberikan oleh petugas.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, pelajar dapat:

  1. Belajar tentang pengantunan dalam talian (online grooming)

 

Aktiviti

Petugas mengajar peserta tentang definisi pengantunan dalam talian. para peserta juga didedahkan cara cara pelaku menggunakan laman sosial atau secara talian dalam melakukan kesalahan. petugas menunjukkan sedikit video tentang salah satu contoh pengantunan dalam talian.

Gambar Disini


 

Dalam kelas ini, pelajar akan:

       i.         Belajar tentang pengantunan dalam talian (cyber grooming)

 

Tujuan

Bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang bahayanya siber buli.

 

Aktiviti

Penerangan tentang siber buli di internet, cara mengenalpasti buli siber, dan apa yang harus dilakukan jika dibuli. Kemudian satu Permainan Keselamatan Siber dibuat untuk menguji kefahaman peserta.

 

Gambar Disini


 

 

Tujuan

 Dalam pelajaran ini, pelajar dapat:

  1. Mempelajari tentang peraturan pusat internet
  2. Mempelajari tentang asas penjagaan komputer.

 

Aktiviti

Petugas memberi taklimat berkenaan peraturan-peraturan di Pusat Internet yang harus dipatuhi. Kemudian, petugas menerangkan cara penjagaan computer yang betul dan memberi tip-tip asas penjagaan sepertinya delete browsing history, disk cleanup, disk defragment dan error checking. Kemudian peserta diajar cara untuk delete browsing history secara hands-on

 

Gambar Disini


 
 

 

Tujuan

Jelajah advokasi ini adalah program Klik dengan bijak yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

 

Aktiviti

Taklimat berkaitan dengan Klik dengan bijak untuk pelajar oleh wakil Kluster. Peserta diberikan peluang untuk sesi Q & A.  Kemudian, pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan diberi kuiz, permainan dan tugasan untuk dilaksanakan. Antara aktiviti yang turut dilakukan ialah:

  1. Perbincangan di dalam kumpulan
  2. Sesi soal jawab bersama pertugas PI

 

Gambar Disini